Tuesday 26 July 2011

# 20 wordless wednesday.

TAHUKAH ANDA....ASAL USUL NAMA 7UP?



Minuman 7up dicipta pada 1929.Angka 7 dipilih sebab pada waktu itu botol untuk mengisi minuman itu pada asalnya 7 auns (230ml) air.Manakala 'up'(atas) menunjukkan arah buih itu keluar..



sumber:internet.

Thursday 21 July 2011

TAHUKAH ANDA... KELEBIHAN MEMBERI MAAF??


Berikut adalah antara kelebihan memberi maaf/ meminta maaf

-Hati akan menjadi tenang
-Wajah akan nampak bersih,berseri
-semangat kerja menjadi tinggi
-penyakit akan cepat sembuh
-hidup akan menjadi berkat
-Murah rezeki
-mendapat lebih ramai sahabat
- anda akan lebih di hormati. Jadi jika korang ada membuat salah cepat cepatlah meminta maaf,dan memberi maaf jika seseorang memohan maaf pada korang.. jangan tunggu hari raya jer , baru korang minta maaf ...

Wednesday 20 July 2011

TAHUKAH ANDA....


TAHUN INI KITA AKAN MENGALAMI 3 TARIKH YANG JARANG BERLAKU DALAM SETAHUN IAITU 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 SERTA BUKAN ITU SAJA,CUBA AMBIL 2 NOMBOR AKHIR TAHUN KELAHIRAN KITA & TAMBAH DGN UMUR KITA PADA TAHUN INI KEPUTUSANNYA IALAH 111!!!..PADA BULAN OKTOBER NANTI AKAN ADA 5 KALI HARI ISNIN,5 KALI HARI AHAD & 5 KALI HARI SABTU...INI HANYA AKAN TERJADI SETIAP 823 TAHUN....
sumber
oh lawak (FB)

Monday 18 July 2011

JERING , MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Memakan jering secara berlebihan akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.Menurut Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan hospital Raja Perempuan Zainab 2,Dr.sukeri muhamad,ianya di panggil sebagai "kapit jering".Individu yang terkena "kapit jering", buah pinggang nya akan berhenti berfungsi sehingga seminggu lamanya... Alamak bahaya nih... Aku nih memang kuat makan jering... lepas ni kenalah makan sikit jer... Tapi kalau makan sikit mana nak puas... adoiiiyaiiii nak wat macam mana nih....Menurut sumber lagi...,ia nya berlaku kerana terdapat sejenis asid yang di panggil DJEGKOLIC yang terdapat dalam buah jering. Kandungan asid tersebut boleh dikurangkan dengan merebus buah jering sehingga masak. Asid itu lah yang menyebabkan buah pinggan rosak.Dan bagi pengidap buah pinggang kronik, tidak di galakkan makan buah jering....huh lega la sikit... sbb leh rebus jering tu... Tapi rasa jering mentah lagi ummmmmmpp... jadi korang beringat lah masa makan jering ekkkk...Aku pun lepas nih makan sikit je.... bahaya oooo....

Thursday 14 July 2011

HARUMKAN ALMARI PAKAIAN.

Almari korang ada bau tak? kalau tak ada bau dah kira bagus lah... tapi dengan pakaian yang terlalu padat tuu.... mesti lah bau nya ada .Kena pulak ada yang letak kasut dalam almari, alahaiiii....
Aku ajar sikit petu nak bagi almari pakaian korang wangi skit, alah tak payah pergi shoping komplek untuk beli pewangi dahhh... yang tu semua orang pun tau... yng ni tak perlu kan duit, cuma usaha jer... Kalau korng makan limau,kulit limau tu jangan lah buang, simpan la.Lepas tu amik la perca kain, balut kan lah kulit limau tu...Kalau ada bekas telur oang kawen tu lagi baikkk, buh jer dalam bekas telur tu....Lepas tu gantung atau buh la dalam almari pakaian korang... Dijamin harummmm...
Atau pun korang letak lah beberapa helai daun pandan dalam almari pakaian korang. kalau rajin potong lah halus2 dan bungkus kan juga dengan kain.. Selesai masaalah almari berbau....lepas baca petu aku ni.... cubalah....

Tuesday 12 July 2011

MAKNA BERSIN ANDA....



Ilmu Firasat Melayu: Makna Bersin Anda
Waktu Malam
• Dari jam 6 petang hingga jam 8 malam, akan ada orang meminta pertolongan kepada anda.
• Dari jam 8 malam hingga 10 malam, akan ada orang yang akan berniat kurang baik kepada anda, tetapi tidak jadi.
• Dari jam 10 malam hingga 12 malam, akan tetamu akan ke rumah anda.
• Dari jam 12 malam hingga 2 pagi, akan ada orang meminta pertolongan kepada anda.
sumber:
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Monday 11 July 2011

ELAK CERMIN KENDERAAN KABUR.



Petua Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur.
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis syampu mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan tuala kecil tersebut.

Sunday 10 July 2011

CIRI CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK.



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik dan mulia ?

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan

# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Friday 8 July 2011

AKU DAN BINTANG.....

Inilah bintang di hati aku... si upin atau si kecik .....
Bersama pengacara melodi yg popular... ari tu hujan lebat sbb tu dia orang berbungkus plastik... maklumla... bintang mana leh kena air... malap ler bintang tu....
yg ni masa dia orang datang ke parit buntar..... sapa tu?? pikir la sendiri....
marka aku ni... opppssss!!! dia ni penyanyi one nation emcee .... mimi namanya...
yang ini tak payah kenal kan lahhhh.... semua orang kenal dan paling popular... yang pakai cap tu adik anngkat aku... bukan bintang ya....

emmms ni gambar yg paling aku suka...Remy,Iera,Khiriah dan adoiiii... aku lupa la nama artis nih... maaf ek....
Abg jo..... jaafar Onn....

Thursday 7 July 2011

PALLAS TEAM BUILDING

Inilah tasik bukit merah... kat sini la kami kena "dera" gara gara team buillding la....
ni la juara " berpelampong beramai ramai kat tasik tu.... tahniah pada kumpulan ini...errr... aku pun dalam kumpulan ni jugak!!! syabas kat aku!!
nunnnnn kami p berkayuh di tengah tengah tasik...takot pon ada, karang lemas kang... " ada buaya ker?" adoiii mulut sapa la yg cakap bukan bukan nih... diam diam udah ler...
eh?? aku ni maintain ensom , tengah bertanding pon sempat lagi lambai kt camera man....


ni masa nak siap kan pelampong kami... 10 orang satu pelampong tau... huh!! macam nk pecah jer pelampong tuh...
dengar taklimat cara cara nk buat rakit pelampong...
sesi panaskan badan sebelum turun ke tasik....



kena dera tengah panas buat "caterpiller walk" dah panas ,angin kuat , abis belon terbang..banyak kali kena ulang semula aksi ni...
walaupun penat tp enjoy.... puas hati lah.......

Sunday 3 July 2011

sayur kangkong...


ramai ke yang suka makan sayur kangkung? aku ni penggemar sayur, tak kira lah sayur apa pun... semua aku bedaiiii... kalau duduk di kampung tentu senang nk cari kangkung ni, tapi kalau di bandar tuuu, kenalah hulur duit baru boleh dapat kangkung tu... yang di kampung tu, leh dapat kangkung priiii jer, cuma kena rajin la pi petik kat tepi tepi jalan, sawah, dan di halaman rumah pun ada!.kalau nak masak kangkung yang sedap kenalah tahu caranya... aku nk kongsi lah ni.... , cara masak kangkung
tanpa lebam. Aku ambil cara ni ni buku atau majalah kot... tapi aku lupa la pulak tajuk buku / majalah tu...Dimana aku baca aku pun dah tak ingat... ha...ha..ha...
Selepas menumis, masukkan kangkung ke dalam kuali ( kangkung kena bersih kan dulu tauuu....) dan tutup kuali tu.Selepas kangkung agak2 masak ,baru buka kuali tu, dan gaul gaul kan lah..Dan jangan masak terlalu lama, lebih kurang 2 minit dah lerrr...Insyaallah warna kangkung tu tetap segar dan menarik, tak lah nampak lebam jer...

Saturday 2 July 2011

HILANGKAN BAU PETI AIS


Bau peti ais kurang menyenangkan? emmm.. maklumlah segala mak nenek ada dalam peti ais. Betul tak? huh... malu kalau tetamu yang buka peti ais tu.Nak bagi harum ,segar peti ais tu mudah je.....
Ni la aku nak kongsi petua dengan korang semua..
1) keluarkan semua barang yang ada dalam peti ais tu, ambil tuala ,basah kan sedikit dan lap bahagian dalam peti ais. Keringkan dan lap sekali lagi ... tetapi kali ini tambahkan beberapa titis esen vanila ke tuala tersebut. Lap lah keseluruhan peti ais tadi... hasilnya emmmm... pasti harum...
2)cuba titiskan sedikit esen vanila pada kain kecil dan tinggalkan atau simpan
dalam peti ais.dan
3) simpan sebungkus serbuk kopi dalam peti ais. Selamat mencuba ......

Friday 1 July 2011

SUKA & BENCI


'Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi. Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi.' kata2 ini ada kebenarannya... kerana aku pernah lalui...bila dah sayang, hilang semua keburukkan, dan bila dah benci, hilang semua kebaikkan... aku terpaksa akui kata2 ini ada kebenarannya....