Tuesday, 11 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY...









Posted by Picasa

KOPI HILANGKAN STRESS

Entri kali ni aku tulis khas untuk wanita ya... yang lelaki tu jangan marah taw....
he...he... Lagi pun info yang aku dapat ni, memang khas tuk wanita... jadi sabooooor ajelahhhh...
Menurut kajian, wanita yang minum 2 cawan kopi atau lebih dalam sehari paling kurang berisiko untuk mengalami tekanan.Kajian telah dilakukan keatas 50,000 orang jururawat di Amerika syarikat.Penyelidik percaya situasi ini berlaku disebabkan kafein yang terdapat didalam kopi dapat memberi ketenangan dan meningkat kan tenaga.


sumber: utusan msia.

Sunday, 9 October 2011

HARI YANG SESUAI UNTUK MEGERAT KUKU..

Barang siapa yang mengerat kukunya pada: Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

Thursday, 6 October 2011

aku dan rakan2..


emmm ... ari ni kepala aku pening sikit... banyak masaalah kerja.Tadi bertekak gan manager aku.. dia selalu kalut sangat...dan siap tukar plan yang aku buat... adoiiii biar la aku buat kerja aku...malaslah aku nk ingat benda2 macam nih...
Biar lah ,yang sudah tu sudah la... Tak guna jugak masing2 dok tegakkan benang yang basah...Harap2 sok aku p kerja dengan semangat yang baru... Korang Doakan lah...
masa duk pening2 ni, aku hiburkan hati aku dgn belek2 album ... dan terjumpalah gambar kt atas ni.Eh!! cantik la gambar ni... Baru aku perasan..Aku pun dah lupa sapa yang snap gambar ni...yang pastinya bukan aku!!!
syabas si tukang snap...
Gambar ni di ambil masa ANNUAL DINNER REJAM CLUB tahun lepas... kt old town parit buntar...
Posted by Picasa

Wednesday, 5 October 2011

matematik...


Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh.....

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la...

Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????..