Dah lama aku tak bawa korang ronda- ronda. Kali ni aku nak bawa korang ke Taiping Perak. Aku nk kembong kan perot korang dengan makanan. Jommmm!
Aku nak kenalkan mee udang Mak Jah. Mee ni femes taw... dah pernah masuk jalan-jalan cari makan kalau tak salah aku. Tempat nya terletak di kuala sepetang.
Mee nya penuh dengan udang, sampai tak nampak dah mee dalam mangkuk tu... Udang nya pulak, segar dan bila kita makan, terasa kemanisan udang tu. Dan yang paling penting bagi aku... udang ni mudah nk buang kulit dia... aku ni bukan pandai sangat nak makan guna sudu & garfu ni....
tapi bila makan mee udang mak jah ni... emmm mudah ja nk buang kulit udang tu... hahahah...
Harga semangkuk mee ni ialah RM7, special kalau tak salah aku RM12.
Bukan setakat mee udang saja, macam- macam menu makanan yang di tambah udang ada disini... seperti mee goreng udang, laksa udang dan macam -macam lagi lah....
Nak tau lebih lanjut korang datanglah sendiri, baru puas hati!! cubalah...