Thursday, 30 June 2011

20 tahun dahhhhhh aku kerja....

pejam celik pejam celik, dah 20 tahun aku jadi warga PALLAS... Emm... macam tak percaya jer, rasa macam baru jer amik S.P.M. ha..ha... lepas jes spm kt sini la aku cari makan....
Cantik tak jam anugerah aku?? jangan jelesss.... Aku jadi warga PALLAS dgn gaji RM8 sehari, sampai la sekarang ni dah berubah la skit gaji tu....tapi kalau nak di bandingkan dengan berapa lama aku bekerja , tak berbaloi lah, tp dah itu jer yg aku pandai iaitu,buat kasut...
ni la geng geng se "opis" aku.... oh ya lupa nak bagi tahu, kami buat diner tahun ni di Bukit Merah Lake Town..ni sebenarnya sebelah malam , Dah abis pun dinner... sebab tu aku berpakaian santai jer....
yang ni pula , masa terima award ...di atas stage...
bersama executive director dan manager ....

Tuesday, 21 June 2011

ELAK RAMBUT GUGUR.


Minum Susu Untuk Elak Rambut Gugur
Rambut terhasil daripada protein keratin. Protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakan susu diperkayakan dengan vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan vitamin A.
DIPETIK DARI ENSOKPEDIA PETUA MELAYU LAMA.

Saturday, 18 June 2011

TIMUN OH TIMUN...


Aku ni suka yang amat makan timun....samaada aku buat ulam atau makan mentah.. tapi selalunya aku makan mentah macam tu jer... aku cuci, terus ngapppp!!!!... Air timun pun aku suka jugak...sedappppp!!!
Kalau makan laksa,mak aku buat, aku potong timun banyak2, Kalau laksa beli pun aku potong
timun lagi ... tambah sendiri..Tak puas makan laksa kalau timun sikit.Kalau makan nasi ayam , dengan kawan kawan, siapa yang duduk sebelah aku tentu jadi mangsa aku... aku curiiii timun dia... Ha...ha...ha..Nasi ayam ada sepotong jer timun, mana cukup, terpaksalah aku curi timun member...Disini aku nak bagi tips untuk pilih timun di market.Kalau nak memilih timun ,pilih lah yang lurus..Warna pangkal timun tu tidak terlalu hijau,kalau pangkal timun tu banyak warna hijau tua,timun tu pahit... jangan beli...Dan masa hendak memotong timun tu, potong sedikit bahagian atas timun tu dan gosok2 lah potongan timun tu sehingga keluar getah... buang lah getah tu... kemudian boleh lah potong macam biasa timun tu...emmmmms tentu timun tu hilang pahitnya.... cubalah....!!!

HUTANG!!!

Hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa mati.Itulah antara pepatah melayu kita.Apa yang aku nak cerita di sini ialah mengenai hutang duit.... cerita aku ini adalah dari pengalaman diri aku sendiri...
Kebanyakkan manusia ni kalau nak berhutang muka cukup berseri dan nada suara cukup sedih...Tapi kalau kita kata tiada duit nak bagi pinjam,automatic berubah sikap..tuduh kita kedekut lah,duit banyak duk simpan buat apa lah,orang susah pun tak mau tolong, nnti hg susah sapa nk tolong??? Adoiiii.... siap ugut lagi....
Lebih parah kalau yang nak pinjam tu saudara terdekat kita!!!
Aku ni bukan apa, kalau aku ada duit aku bagi, tapi masa gaji bayar la hutang tu dulu!!
Ini tidak, duk lari ..... halimunan!! lenyap....
adoiiii... aku pun orang susah gak, bayar la...
Aku rasa benda macam ni banyak terjadi.,bukan aku sorang ja yang terkena.... korang pun mesti pernah ada pengalaman macam ni betul tak? kenapa jadi macam ni hah?? Liat nak bayar hutang...pening aku duk fikir benda ni...

Thursday, 16 June 2011

HILANG KAN BAU DURIAN.

Durian??? mesti korang semua kenal buah ni..Raja buah lah katakan..Dan aku percaya ramai yang sukakan buah ni.Tapi bagi aku pulak kalau ada durian aku akan lariiiiiii!!! aku tak suka... Bau dia makkkaiiii... sesak nafas aku....
orang tua aku kalau musim durian mesti balik kampung punya ( bota)
Aku? aku duk jer kat rumah diam2...ha..ha... Yang jadi masaalah nya bila orang tua aku balik kampung, mesti angkut durian punya! penuh bonet kereta. aduhhh ! seminggu bau durian tak hilang dalam kereta..kena pulak kereta pasang aircon... Jadilah kereta ada penyegar udara durian! .Itu dululah, tp sekarang tak lagi, sebab abah aku ada petua nak hilang kan bau durian tu...nak tahu ke?? Abah aku akan masukkan kayu arang dalam bonet kereta, kalau takdak kayu arang, daun pandan pun boleh juga...dan lagi satu jgn la bw durian tu dgn kulit2 dia, cuba kopek dan masukkan dalam tupperware... kurang la bau dia...
Ada lagi cara nk menghilang kan bau durian ni...iaitu letakkan beberapa keping roti dalam kereta tu, tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam... insyallah.. bau durian akan hilang.
cubalah tip aku ni.....

SUSAH SENANG SEORANG BOS...

Orang kata kerja sebagai bos /penyelia /ketua jabatan senang, bagi arahan aje... boleh rilex, badan tak letih....Tapi korang semua tak tahu seorang penyelia @ supervisor cepat stress, sakit otak nk fikir.Mata pulak cepat jadi rabun sebab asyik masukkan data jer,report lah,hari hari kena mengadap komputer.Lepas tu kalau tersilap report atau masukkan data, heboh lah satu jabatan... walaupun kesalahan tu kecil....MEETING adalah satu perkataan yg fobia... ha..ha...bekerja sebagai penyelia memang mencabar... hari ni aku nk cerita skit pengalaman aku sebagai supervisor di bahagian production. Aku pernah di ajak bertumbuk di luar kilang, kerusi aku di tendang sampai pecah,di maki , pekerja aku tak bertegur dgn aku, di maki melalui sms... huhhhh siapa pun tak tahu peritnya seorang supervisor. Bila manager marah, sebab depatment tak mencapai target,atau barang tak sempat supply, supervisor yg kena...aduhhhh dah la kena dgn pekerja, gan manager pun kena juga!!
Planning kena betul, supaya semua barang boleh dihantar mengikut date.Kalau tidak....emmmm alamat tak ada bonus la tahun depan!!
Perangai para pekerjalah yg paling stress, ada yg kaki MC, kaki tuang, kaki "ulat". Ada jugak pekerja yg tak boleh kena tegur sikit,padahal sendiri yg buat salah...tak mengaku kesalahan....
Ada yg sentiasa ada masaalah famili...Eh? korang ingat supervisor tak de famili ke?
Letih otak nk fikir semua tu...Dah nasib aku !!! apa boleh buat..
ha..ha... ini cuma pengalaman aku sebagai supervisor. Tapi kekadang aku bertuah jugak sebab ada jugak la pekerja aku yg sentiasa memahami aku..sentiasa menolong bila aku tengah serabut.
terima kasih buat pekerja yg memahami susah senang menjadi supervisor... Tanpa pekerja siapalah supervisor ek.... Ini dah lumrah alam pekerjaan... terima aje....yang penting ialah kerjasama.Dengan adanya kerjasama, semua dapat diatasi ...Insyallah...

Wednesday, 15 June 2011

BUNGA TAHAN LAMA

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut hari raya.Tentu para suri rumah sibuk nak hias rumah.Nak tukar langsir lah,perabot lah dan macam macam lagi...Dan pasti ada juga antara suri rumah yang hendak hiaskan rumah dengan bunga bungaan.Disini aku nak beri sikit tip atau petua untuk menyegarkan bunga hidup. Aku dapat petua ni dari kawan aku, dan aku dah cuba...issss macam tak percaya pun ada...
Nak tau ke??? senang ajer lah... masukkan panadol dalam bekas air bunga tu... Insyallah, bunga tu akan segar macam bunga baru...
kalau bunga palsu atau plastik macam mana pulak??
masa nak cuci bunga plastik tu,rendam bunga plastik tu dalam air yang di campurkan dengan shampo.Biarkan sekejap.lepas tu cuci lah di celah2 kelopak bunga tu,sambil kocak dalam air shampo , selepas tu baru la bilas dengan air bersih. Semasa nk keringkan bunga tu, gantung secara terbalik tau..kat penyidai tu.OPPPP !! jangan sesekali sidai di tempat yg panas!..Carila tempat yg teduh sikittt...
Cubalah tip dari aku ni...moga rumah anda cantik berseri!!!

Tuesday, 14 June 2011

kerjaya aku...

Kali ni aku nak cerita sikit tentang pekerjaan aku. Kerja kilang jer pun... gaji pun ciput jer...
Gambar kat atas tu la kilang aku... iaitu kilang kasut PALLAS. kt mana? kat Nibong Tebal jer...
Antara kasut yg pernah kami hasilkan ialah converse,all star,levis..tp 3 jenama ni dah habis kontak pun.....Diantara jenama pallas yg popla ialah Rejam,Jazz star,Jazz ( yg ni kita pakai masa kolah dulu),twinkle.. Aku bermula sebagai operator dgn gaji RM8 sehari.Dan sekarang ini aku dah jadi Asst supervisor... emmmms dah 20 tahun aku kerja di Pallas ni...


Ini ialah logo yg di lekat kan dibahagian tumit kasut... Dept.aku la yg hasilkan benda nih...cuba check kasut korang... ada tak benda ni...yg ni belum potong lagi.. selepas potong jd kecil lah....
Ini pula antara tapak kasut yg department aku keluarkan..yg warna hijau tu la tapak kasut Rejam,iaitu tapak kasut khas untuk takraw.
Ha ...yg ni pula antara kasut yg dah siap dibuat...gambar bawah ni pula ialah kasut levis.

Monday, 13 June 2011


suka makan kek? kalau macam tu samalah macam aku... aku kalau nmpak kek jer, terus meleleh air liur... ha..ha...
kalau makan kek , tentu pinggan dan sudu tu susah nak basuh kan? berminyak sana,berminyak sini... jenuh gak no.nak cuci....kadang kadang tangan kita pun berminyak...
Haa di sini aku nak bagi petua macam mana nak cuci pingan yg berminyak bekas terkena kek tu...
jeng...jeng... senang jer...pingan ,sudu atau bekas apa pun sebelum basuh ,siram la dulu dengan air panas... jangan la terlalu panas... sedang elok orang kata....selepas tu cuci la macam biasa...Insyallah...pingan dan bekas tu mudah untuk dicuci...dan minyak pun hilang...
selamat mencuba....!!!
Inilah anak aku... opppps anak abang angkat aku daaa...comel kan?? comel macam abg long dia ( aku la tu) .Aku memang suka kan budak2,dan budak2 pun mudah mesra dengan aku
Mungkin ada sesuatu pada aku yg menyebabkan bebudak mudah mesra dengan aku..aku pulak jadi gerammmmm bila tengok bebudak nih.Rasa nk cubit,ciummmm pipi depa.Selain dari makan, yg ini lah hobi aku, iaitu membaca novel.Aku kalau dapat baca novel tak ingat apa dah... Makan,minum,baring semua smbil membaca. Kalau 500 muka surat tu ,2 hari habis la.Tapi sekarang ni, mata aku dah cepat letih.Kalau membaca lama2 mata keluar air.Sebab tu la mata aku rabun, aku membaca tak kira tempat dan waktu!.Dalam gambar ni cuma diantara koleksi yang amat aku sayang... tak leh bagi orang pinjam,nanti hilang.Aku minat karya Ramli Awang Murshid.Kesemua novel dia aku beli.
Ha, yang ini pun antara hobi aku juga,iaitu mengambil gambar.Aku suka ambil gambar semulajadi seperti bunga,buah,sungai,binatang dan pemandangan .Kamera?? Aku tak mampu nak membeli kamera DSLR, hajat tu memang ada,tapi duit masih tak cukup.Aku guna kamera kecil dan murah jer, janji aku puas hati dengan hasilnya.
Ini pula spectra kesayangan aku.Kalau dalam gambar ni nampak cantik la,tapi kalau tengok dari dekat... hukk ala... macam macam ada!
kaler dia pun dah pudar,calar sana,calar sini,dashboard pun pun dah kembong.Spectra ni kena jemur hari2,kt kilang... sebab tu la jadi hodoh...Hutang pun tak habis bayar lagi,kereta dah buruk...tak apa lah yang penting boleh bawa aku pergi kerja sudah lah....

Sunday, 12 June 2011

PETUA MENCUCI TUDUNG.

a.Tudung dari bahan polyster

1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.

2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.

3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.

4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.

5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.

b.Tudung dari bahan sutera.

1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.

2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.

3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.

4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.

5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

C.Tudung dari bahan kapas.

1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.

3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d.Tudung dari bahan tenunan.

1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.

3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.

4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e.Tudung dari bahan pashmina

1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.

2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.

3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

sekian

dipetik dari

Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

PETUA UNTUK KURUSKAN BADAN.

1. Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

2. Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan anda. Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

3. Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

dipetik dari:

Ensaiklopedia Petua Melayu Lama.


hari ini bermula lah kehidupan aku sebagai penulis blog. Aku akan terus meluahkan apa yg ada di hati dan kepala aku...
harapan aku agar semua dapat manfaat di blog aku dan sekurang kurang nya dapat menghiburkan hati.... kerana aku lebih suka menulis secara humor... ringan dan ringkas.
Kepada kawan2 yg rapat , saudara terdekat,kwn se"kilang" sudi sudikan lah merehat kan minda membaca hasil nukilan aku....
Jika ada kesalahan atau tersilap ,harap di maaf kan kerana aku masih baru dalam dunia blog ni.. Dan jika ada yg sudi, tolong lah tunjukkan cara,tip dan sebagainya kepada aku. Aku perlukan bimbingan, ilmu dari blogger2 semua..
jika tersalah,silap tegurlah aku, tapi jangan lah aib kan aku...
sekian...

salam pembukaan...




salam. semua...
terima kasih kerana meninjau blog ini...
aku baru nak belajar blog nih, jadi banyak lah kekurangan ...
maaf ya, blog ni masih belum sempurna sifat...budak baru belajar la katakan...
terima kasih pada "sifu" saya iaitu cikgu yanti yg mengajar saya membuat blog ni, dan tak jemu2 menjawab soalan2 dunia blog ni.....terima kasih cikguuuuu.... jasa mu tetap aku kenang...
Di blog ini aku akan menulis tentang apa yg berlaku di sekeliling aku...itulah yang di katakan AKU & DUNIA & SESUATU...
AKU - mencerita kan tentang pengalaman ,pahit manis yg aku lalui....
DUNIA-menceritakan tentang apa yg berlaku di sekeliling kita pada kehidupan ini...
SESUATU- menceritakan tentang orang,benda,atau apa sahaja yg yg berada di sekeliling aku...