Inilah anak aku... opppps anak abang angkat aku daaa...comel kan?? comel macam abg long dia ( aku la tu) .Aku memang suka kan budak2,dan budak2 pun mudah mesra dengan aku
Mungkin ada sesuatu pada aku yg menyebabkan bebudak mudah mesra dengan aku..aku pulak jadi gerammmmm bila tengok bebudak nih.Rasa nk cubit,ciummmm pipi depa.Selain dari makan, yg ini lah hobi aku, iaitu membaca novel.Aku kalau dapat baca novel tak ingat apa dah... Makan,minum,baring semua smbil membaca. Kalau 500 muka surat tu ,2 hari habis la.Tapi sekarang ni, mata aku dah cepat letih.Kalau membaca lama2 mata keluar air.Sebab tu la mata aku rabun, aku membaca tak kira tempat dan waktu!.Dalam gambar ni cuma diantara koleksi yang amat aku sayang... tak leh bagi orang pinjam,nanti hilang.Aku minat karya Ramli Awang Murshid.Kesemua novel dia aku beli.
Ha, yang ini pun antara hobi aku juga,iaitu mengambil gambar.Aku suka ambil gambar semulajadi seperti bunga,buah,sungai,binatang dan pemandangan .Kamera?? Aku tak mampu nak membeli kamera DSLR, hajat tu memang ada,tapi duit masih tak cukup.Aku guna kamera kecil dan murah jer, janji aku puas hati dengan hasilnya.
Ini pula spectra kesayangan aku.Kalau dalam gambar ni nampak cantik la,tapi kalau tengok dari dekat... hukk ala... macam macam ada!
kaler dia pun dah pudar,calar sana,calar sini,dashboard pun pun dah kembong.Spectra ni kena jemur hari2,kt kilang... sebab tu la jadi hodoh...Hutang pun tak habis bayar lagi,kereta dah buruk...tak apa lah yang penting boleh bawa aku pergi kerja sudah lah....
Yang penting hati mau senang semuanya beres..duk geram kat anak org ja..hg bila lg ni ..
ReplyDeleteno komen..
ReplyDelete