"Hobi saya ialah mengumpul setem". Wujud lagikah ayat tuu??? Rasanya budak -budak sekarang dah tak kenal setem dah.kalau SMS,MMS,GAME, tu dia orang tahulah...Seperkara lagi, hobi budak- budak zaman sekarang ni ialah PS2,FB, alat kawalan jauh( kereta @ heli). Mana lah nak ada hobi mengumpul setem dah... betul takkk??? Bagi aku ....,inilah hobi aku sewaktu zaman budak- budak dulu... dan ianya masih lagi berada dalam simpanan aku..Tenguk lah antara koleksi setem masa dulu-dulu.. cantik tak?
aku rasa ada yang tak pernah nampak setem ni kan?? BETUL TAK??
Monday, 23 January 2012
Sunday, 22 January 2012
MENARA ALOR SETAR
Jom ikut aku ronda- ronda ke menara Alor Setar.Menara ni merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Tinggi nya ialah 165.5 meter.Menara ini merupakan mercu tanda Negeri Kedah.Terdapat ruang pemerhati di aras 88 meter yang membolehkan korang melihat panorama bandaraya Alor Setar .Terdapat juga 5 set teropong untuk memudah kan korang melihat panorama badaraya ini.Terdapat juga kaunter untuk membeli cenderahati sebagai kenangan pada aras ini.Restoran pula terdapat di aras 94 meter.kalau korang dah lapar... isi lah perut tu ... baru best nak ronda-ronda .
Ini gambar yang aku ambil dari ruang pemerhati... cantikkan...
Dan ini replika menara yang terletak di bahagian bawah menara.. apalagi!!! jom ronda -ronda!!...
Ini gambar yang aku ambil dari ruang pemerhati... cantikkan...
Dan ini replika menara yang terletak di bahagian bawah menara.. apalagi!!! jom ronda -ronda!!...
Saturday, 21 January 2012
LADANG ANGGUR TASIK BERIS
Jom aku bawa korong ronda-ronda ke ladang anggur ,bukan kt luar negeri ek...., tapi di Malaysia jer. Ladang anggur ni terletak di sik kedah.Tiket masuk cuma RM4 . Lepas tu boleh la terus masuk dan jalan- jalan sekitar ladang ini.Tapi tidak dibenarkan memakan dan memetik anggur di ladang ni ek... Kalau nk petik juga,boleh lah resign dan mintak la kerja kat sini.... lepas tu petik la puas -puas.... Ladang ni cantik panorama dia, sebab bersebelahan tasik.
Selepas puas merayau rayau di ladang, moh ler ke galeri . Boleh le korang beli anggur yang dijual disitu. Ada juga beberapa produk dari anggur yang dijual disini seperti... sabun , krim mandian,jus, kodial, cenderahati....EMMM tunggu apa lagi... korang pergi la check kalender korang tuh masukkan ladang anggur ni sebagai salah satu percutian korang tahun nih, dan simpan duit tuk datang ke sini .
Monday, 9 January 2012
KEHILANGAN.....
Tadi aku baca blog sepupu aku... Entri dia mengenai kematian.Jadi aku ambil idea dia tuk membuat entri kali ni... El terima kasih bagi idea kat abg long.Kalau El bercerita tentang kematian yang berlaku di kalangan famili dia , aku pun akan bercerita kematian adik kesayangan aku. iaitu SAZALI BIN MAT SAOD. Pada hari kematian adik aku, aku tengah berada di asrama kilang.. baring sambil membaca novel.. Dalam pukul 8.oo malam lebih kurang, datang sebuah kereta masuk ke halaman asrama. Aku tidak peduli, aku sangkakan mungkin kawan kepada kawan seasrama aku yang datang....Tapi bila aku terdengar nama aku di sebut, aku terus berhenti membaca...Rupanya kawan aku yang datang., terus masuk ke bilik aku dan berkata ..." hang jangan terkejut, adik hg dah takdak, accident depan masjid, jom ... kami datang nak ambil hang.."
Aku apalagi terus menangis dan badan jadi lemah... Dan terus keluar bilik untuk balik, dan sempat pesan pada kawan- kawan aku yang berada di asrama tu tentang perkara ini. Selepas sampai rumah, aku terus ke tempat kejadian dan aku terdengar angah aku berkata" pegang saidi tu, nanti dia jatuh" dan lepas tu angah berkata lagi " Di... jangan pijak!! tu otak adik!..Ya Allah...
terkejut aku....aku terus jadi kaku, tak boleh nak jalan... Sempat la aku pegang tangan , usap muka adik aku masa di tempat kejadian...
Dua minggu sebelum kejadian , aku ada balik kampong... aku menebas di tepi jalan hadapan rumah aku, tiba -tiba adik aku datang tolong menebas. Aku kata kat dia ,pi la menebas tempat lain,.Dia kata tak mau, nak kat sini jugak!..
Dan aku pulak tukar la tempat aku menebas, tapi adik aku pun ikut saja mana aku tebas.Dimana ada aku di situ la dia menebas..
Dan untuk pengetahuan sepupu aku El, aruah abg chik ada mintak ayaq tebu kat El. seminggu sebelum kemalangan tu... Sebab waktu tu, Makwan El ada menjual air tebu. Tapi air tebu tu dah habis. Disebabkan itulah pada kenduri arwah, makwan sedekah air tebu .Oh ya lupa nak bagitau, yang aruah adik aku di langgar oleh bas kilang "tanako", sewaktu aruah dalam perjalanan balik dari masjid. selepas sembahyang maghrib.Kemalangan tu berlaku betul- betul di hadapan rumah tok guru arwah yang ajar arwah mengaji.
Alfatihah tuk arwah adik sazali.....
Sunday, 8 January 2012
LEPAK DI MELOR INN.(P.BUNTAR)
Entri ronda-ronda kali aku bawa korang ke Melor Inn coffee house di Parit Buntar.Sebenarnya aku kesini sebab memenuhi aktiviti"The Gang" iaitu melepak sambil sembang2.Yang berbaju merah itu lah manager coffee tu... sahabat lama aku masa sekolah dulu.
Gambar yang tengah tu makanan aku, iaitu nasi goreng ikan masin...ummmphhh sedap!.kawan aku makan nasi goreng cendawan... ( tuuu pinggan dia dah licin, sebelah pinggan aku)
Harga di sini berpatutan.. tak lah mahal seperti yang orang ramai jangkakan...
Melihat dari suasana dia , macam tak percaya harga nya lebih murah...Jangan takut untuk kesini, makanan sedap, dan harga yang di bayar pun berpatutan...

Saturday, 7 January 2012
SAPA CONTENG BUKU AKU HAHH??
Siapa la yang dok conteng buku sastera aku nih?? Opp buku ni buku teks aku masa sekolah dulu.Mungkin masa sekolah dulu aku ingat siapa yang conteng nih... tapi sekarang ni aku dah lupa.Maklumlah otak aku nih memori dia 1GB ja... pass tu dah tak leh nk up-grade dah.Takat tu ja yang boleh simpan....
tapi tak pelah... aku tak marah pun.. korang semua kawan baik aku...
kalau tak de contengan nih... tak de la kenangaan masa di SRI PERAK.
Buat budin,morsidul... ni kerja korang kan?? haa...ha... aku taw la..
Yang ni aku rasa hasil seni Morsidul.. ko memang ada seni la... ( aku perli jaaa- huduh lukisan ko). dengan lukisan kat buku sastera aku ni lah , aku score subjek nih masa SPM.
Aswad? tu panggilan aku ... masa tingkatan 5 dulu... tp yang panggil dengan nama tu hanya Morsidul dan fairus(old man), sahaja... panggil la apa pon... takpe... aku tak kesahhh...
ha... yang nih bahaya skit... ni hasil seni Budin( Ahmad shahbudin).
lukisan dia memang ada klass... cantik... Kalau dia lukis mat rock, lagiiiii cantikk...
Hanya ni saja antara contengan yang dapat aku paparkan...
sebenarnya banyak lagi yang dia orang conteng... tapi takkan aku nk up load semua... tak leh la nuuu.... Hanya sebagai kenangan dan lawak jenaka....
Buat ex SRI PERAK 90, jangan gelak kuat sangat taw.... simpan la skitt gelak tu...
he...he...

Monday, 2 January 2012
STRAITS QUAY
Ronda -ronda kali ni aku bawa korang ke Straits Quay Penang.Aku pergi sana sebab bawa rombongan PALLAS untuk menyambut tahun baru(coundown) dan melihat pertunjukan bunga api.Sempat lagi aku bergambar dengan band yang main malam tu...Apatah nama depa aku pun tak tau.. saja bergambar tuk kenangan.Tempat ni sebenarnya "high class". bukan untuk orang orang macam aku nih, yang memanjang tak cukup makan.. ha..ha...Bayangkan lah air mineral botol kecil pun harganya RM4..
Macam -macam dugaan yang aku dan geng2 hadapi masa nak ke coundown ni... Apa tak nya, tunggu bas sampai 2 setengah jam!!... cabaran betui! Tokey bas terlupa yang hari tu ada trip. Nasib baik ada driver yg off hari tu..( terima kasih ane...) Tapi akhirnya sampai jugak tempat perhentian kami yang pertama iaitu "tari cafe" di tanjung tokong. Buat staff Tari cafe, terima kasih banyak2 sebab melayan kerenah geng pallas nih.Makanan korang memang ummmmph lah.Aku sempat jugak buat beberapa game yang dirancang semasa di Tari cafe . Riuh rendah cafe tu... Yang penting, terubat lah keletihan masa tunggu bas tadi.. semua berseronok main game yang aku kendalikan.
Dan akhirnya sampai juga kami di tempat utama, iaitu Straits Quay untuk melihat sambutan tahun baru,serta pertunjukkan bunga api.. Banyak bot2 mewah yang kebanyakkan dari geng pallas kali pertama melihatnya, terdapat di sini...cantik tempat nih, angin pun kuat...sesuai untuk bersantai....

Subscribe to:
Posts (Atom)