Monday, 9 January 2012
KEHILANGAN.....
Tadi aku baca blog sepupu aku... Entri dia mengenai kematian.Jadi aku ambil idea dia tuk membuat entri kali ni... El terima kasih bagi idea kat abg long.Kalau El bercerita tentang kematian yang berlaku di kalangan famili dia , aku pun akan bercerita kematian adik kesayangan aku. iaitu SAZALI BIN MAT SAOD. Pada hari kematian adik aku, aku tengah berada di asrama kilang.. baring sambil membaca novel.. Dalam pukul 8.oo malam lebih kurang, datang sebuah kereta masuk ke halaman asrama. Aku tidak peduli, aku sangkakan mungkin kawan kepada kawan seasrama aku yang datang....Tapi bila aku terdengar nama aku di sebut, aku terus berhenti membaca...Rupanya kawan aku yang datang., terus masuk ke bilik aku dan berkata ..." hang jangan terkejut, adik hg dah takdak, accident depan masjid, jom ... kami datang nak ambil hang.."
Aku apalagi terus menangis dan badan jadi lemah... Dan terus keluar bilik untuk balik, dan sempat pesan pada kawan- kawan aku yang berada di asrama tu tentang perkara ini. Selepas sampai rumah, aku terus ke tempat kejadian dan aku terdengar angah aku berkata" pegang saidi tu, nanti dia jatuh" dan lepas tu angah berkata lagi " Di... jangan pijak!! tu otak adik!..Ya Allah...
terkejut aku....aku terus jadi kaku, tak boleh nak jalan... Sempat la aku pegang tangan , usap muka adik aku masa di tempat kejadian...
Dua minggu sebelum kejadian , aku ada balik kampong... aku menebas di tepi jalan hadapan rumah aku, tiba -tiba adik aku datang tolong menebas. Aku kata kat dia ,pi la menebas tempat lain,.Dia kata tak mau, nak kat sini jugak!..
Dan aku pulak tukar la tempat aku menebas, tapi adik aku pun ikut saja mana aku tebas.Dimana ada aku di situ la dia menebas..
Dan untuk pengetahuan sepupu aku El, aruah abg chik ada mintak ayaq tebu kat El. seminggu sebelum kemalangan tu... Sebab waktu tu, Makwan El ada menjual air tebu. Tapi air tebu tu dah habis. Disebabkan itulah pada kenduri arwah, makwan sedekah air tebu .Oh ya lupa nak bagitau, yang aruah adik aku di langgar oleh bas kilang "tanako", sewaktu aruah dalam perjalanan balik dari masjid. selepas sembahyang maghrib.Kemalangan tu berlaku betul- betul di hadapan rumah tok guru arwah yang ajar arwah mengaji.
Alfatihah tuk arwah adik sazali.....
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)