Saturday 22 February 2014

shaklee bisnes mudah

Salam semua...
Hari tuu aku ada post pasai MLM yang aku ceburi... jadi hari ni aku nk ceritalah pasai bizz ni.
Aku join pon baru jer, tak sampai sebulan. Jadi maklumat yang aku nk sampaikan ni pon  sikit jer lahh...maklumlah baru nk belajar lah katakan..
Bisness yg aku buat ialah shaklee., iaitu produk supplrment nombor satu di dunia.
Sebab apa aku join? Aku join sebab aku yakin pada syarikat, produk, dan cara bisness ini di jalankan..Di mana ianya menitik beratkan perkongsian,pertolongan dan bukan menjual semata mata.
Tak perlu keluar untuk seminar, meeting dan sebagainya..hanya melalui laman sosial seperti whatsapp, telegram  dah boleh belajar.Dalam whatsaap & telegram aku di ajar oleh senior2 yang dah berjaya.setiap pertanyaan akan dijawab dengan kadar segera.Tip2 nak cemerlang dalam bisness ini juga akan diberikan secara PERCUMA.
Shalee adakah supplemet untuk kesihatan, jadi semua lapisan masyarakat memerlukannya.Jika tidak mampu untuk membeli set lengkap anda boleh mengambil set yang paling bajet.
Antara set nya adalah set gout, darah tinggi, diabetis, kurus lansing, resdung,sendi tulang dan macam2 lagi lah...
Tak rugi anda melabur dengan shaklee..cubalah...

Saturday 8 February 2014

Kembali Semula Ke Dunia Blog

Asalam... Dah lama saya tak update blog nih.. password pon dah lupa..
Ni gara2 laptop rosak laa.. ni pun saya update guna tab sahaja..
Laptop tu dah 2 kali buat hal, jadi  rasa geram dahh nk repair, ingat nak beli baru jer...
Tp apa daya, sekarang saya penganggur..
Oh ya, lupa nak beritahu.. kilang kasut pallas dah tutup awal 2013.. di sebabkan itulah saya jadi penggangur sekarang. Sedih memang sedih laa.. 21 tahun membesar di sana. Dah rezeki setakat itu jer, nk buat macam mana ye tak?
Selepas berhenti, dalam bulan may 2013 saya kerja di Bukit panchor, nibong tebal, sebagai operator, tapi boleh tahan 2 minggu sahaja.. Kemudian saya dapat kerja di tempat lain sebagai kerani QA  yg mana bertahan selama 5 bulan..
Selepas itu saya jadi pengganggur lah.. sehingga lah sekarang..
Dan sekarang dah mula berjinak jinak dengan bisness MLM..
Kalau nak tahu bisness apa, kena tunggu lah... saya akan update tentang bizz ni lain kali ya.. tunggggguuuu!
Ok lah.. setakat ini sahaja sebagai pembukaan cerita kali ini.. jangan lupa follow tauuuuu.....

Saturday 23 February 2013

Alahaiiiii cucuku.....

Atok: Cu,pegi menyorok cepat cikgu kamu datang sebab kamu tak pi sekolah hari ini....

Cucu: Atoklaaa pi menyorok...

Atok: Awat pulak hang ni???

Cucu: Sebab saya gtau cikgu saya tak datang sekolah sebab atok meninggal..

Atok:??????????????...
 
                                            sumber.....
                                              copy & paste

Monday 18 February 2013

POKOK PISANG AJAIB....

Cuba korang perhatikan gambar tu betul- betul.... Pelik tak...? Ya  pelik kan..
Pagi tadi masa aku sedang membaca surat khabar, tiba2 mak aku  panggil dan menunjukkan sebatang pokok pisang yang mengeluarkan jantung... Pokok pisang tu sudah di tebang ...betul2 di belakang rumah aku.
Tapi yang peliknya ianya mengeluarkan jantung di bahagian batang pokok , bekas bahagian yang di tebang.Waktu bila jantung tu keluar kami pun tak perasan..
Tiba -tiba dah besar begini....
Tak sabar aku nak lihat buah dia... Bagaimana pula bentu nya? Emmmmms tunggu dan lihat saja...
Nanti kalau ada masa aku update kan perkembangan pokok pisang ini.... tungggggggggguuu!!!! ya...

Tuesday 22 January 2013

lawak sekejap....

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami? ( sambil menunjukkan sekeping gambar)

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
copy & paste from
- A s y r a f -

Friday 18 January 2013

MAKANAN YANG MENYEBABKAN ANDA PELUPA

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan
Anda Menjadi Pelupa

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut
dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
                                                                                           
   INFO DARI.........                                                                                        
  ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA   

Saturday 13 October 2012

TAIPING....

-Nama Taiping pada mulanya ialah Klian Pauh, Taiping berasal dari perkataan cina "Tai - ping" yang bermaksud aman selamanya.
-Landasan keretapi pertama negara dibina menghubungkan taiping dan pelabuhan kuala sepetang (port weld) yang dibuka pada 1885 oleh Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah untuk memudahkan urusan membawa masuk pekerja lombong dan menghantar keluar hasil bijih timah .
-Zoo Taiping adalah zoo yang tertua di Malaysia. Di rasmikan pada 7 Mac 1964.