Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, 30 August 2012

kaki berbau???

kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.
2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut
3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.
4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.
5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.
6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut
7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

Friday, 20 April 2012

PETUA MENGHALAU NYAMOK.

adoiiii... dah berlumut bagai blog aku..! penuh dengan sawang, .. HUhu... dah lama tak update blog ni...dan yg  aku  ingat 2 atau 3 bulan dah aku tak up date...
he..he... tak dak apa yg best aku nk tulis.. sebab tu la bloog aku jadi berlumut... bukan lumut yng kt perak tu yea... ha..ha..
 tiba- tiba ari  ni aku rajin lak nk tulis...
emmm tadi aku baca utusan , dan adala dia bagi  petua skit... Ni yang aku nk kongsi dengan korang nih...
jeng..jeng..jeng... petua apa?? petua nk halau nyamuk ... mana la tau , tiba2 ubat nyanmok abis ke, kedai plak tutup malam- malam nih...  kena la derma darah kt si nyamok tuh.. oh tidak!! aku tak rela bg derma kat dia.... korang rela ker??
 petuanya macam ni....masukkan beberapa biji ubat gegat kedalam secawan air dan letak kan lah kt tempat yang anda fikir perlu. Seperti berhampiran katil,tepi korang yg sedang syokkk tengok TV  ke... , kiranya petua nih ganti ubat nyamok sementara waktu lah...
Cubalah yer

Saturday, 13 August 2011

AIR AKUARIUM TAHAN LAMA


Emmm... dah lama aku tak bagi petua kat korang .Maklomlah bulan posa nih, otak jem skitt... Otak aku ingat makanan jer( bulan tak posa pon otak aku sentiasa ingat makanan ..ha..ha..)
Hari ini aku nak bagi petua untuk orang yang ada akuarium di rumah. Dulu aku pun ada juga akurium nih, tapi semenjak aruah adik aku meninggal mood nak bela ikan terus hilang.Aruah lah yang rajin cuci. Sedia maklum aku sememangnya malas...ha..ha..
kalau nak air akuarium tu tahan lama, buh la seketul arang dalam akuarium tuh.air tu dijamin jernih dan tahan lama. Tak perlulah cuci selalu. Arang tu ibarat hiasan jer bila di dalam akuarium tu...

Thursday, 14 July 2011

HARUMKAN ALMARI PAKAIAN.

Almari korang ada bau tak? kalau tak ada bau dah kira bagus lah... tapi dengan pakaian yang terlalu padat tuu.... mesti lah bau nya ada .Kena pulak ada yang letak kasut dalam almari, alahaiiii....
Aku ajar sikit petu nak bagi almari pakaian korang wangi skit, alah tak payah pergi shoping komplek untuk beli pewangi dahhh... yang tu semua orang pun tau... yng ni tak perlu kan duit, cuma usaha jer... Kalau korng makan limau,kulit limau tu jangan lah buang, simpan la.Lepas tu amik la perca kain, balut kan lah kulit limau tu...Kalau ada bekas telur oang kawen tu lagi baikkk, buh jer dalam bekas telur tu....Lepas tu gantung atau buh la dalam almari pakaian korang... Dijamin harummmm...
Atau pun korang letak lah beberapa helai daun pandan dalam almari pakaian korang. kalau rajin potong lah halus2 dan bungkus kan juga dengan kain.. Selesai masaalah almari berbau....lepas baca petu aku ni.... cubalah....

Monday, 11 July 2011

ELAK CERMIN KENDERAAN KABUR.



Petua Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur.
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis syampu mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan tuala kecil tersebut.

Saturday, 2 July 2011

HILANGKAN BAU PETI AIS


Bau peti ais kurang menyenangkan? emmm.. maklumlah segala mak nenek ada dalam peti ais. Betul tak? huh... malu kalau tetamu yang buka peti ais tu.Nak bagi harum ,segar peti ais tu mudah je.....
Ni la aku nak kongsi petua dengan korang semua..
1) keluarkan semua barang yang ada dalam peti ais tu, ambil tuala ,basah kan sedikit dan lap bahagian dalam peti ais. Keringkan dan lap sekali lagi ... tetapi kali ini tambahkan beberapa titis esen vanila ke tuala tersebut. Lap lah keseluruhan peti ais tadi... hasilnya emmmm... pasti harum...
2)cuba titiskan sedikit esen vanila pada kain kecil dan tinggalkan atau simpan
dalam peti ais.dan
3) simpan sebungkus serbuk kopi dalam peti ais. Selamat mencuba ......

Wednesday, 15 June 2011

BUNGA TAHAN LAMA

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut hari raya.Tentu para suri rumah sibuk nak hias rumah.Nak tukar langsir lah,perabot lah dan macam macam lagi...Dan pasti ada juga antara suri rumah yang hendak hiaskan rumah dengan bunga bungaan.Disini aku nak beri sikit tip atau petua untuk menyegarkan bunga hidup. Aku dapat petua ni dari kawan aku, dan aku dah cuba...issss macam tak percaya pun ada...
Nak tau ke??? senang ajer lah... masukkan panadol dalam bekas air bunga tu... Insyallah, bunga tu akan segar macam bunga baru...
kalau bunga palsu atau plastik macam mana pulak??
masa nak cuci bunga plastik tu,rendam bunga plastik tu dalam air yang di campurkan dengan shampo.Biarkan sekejap.lepas tu cuci lah di celah2 kelopak bunga tu,sambil kocak dalam air shampo , selepas tu baru la bilas dengan air bersih. Semasa nk keringkan bunga tu, gantung secara terbalik tau..kat penyidai tu.OPPPP !! jangan sesekali sidai di tempat yg panas!..Carila tempat yg teduh sikittt...
Cubalah tip dari aku ni...moga rumah anda cantik berseri!!!

Monday, 13 June 2011


suka makan kek? kalau macam tu samalah macam aku... aku kalau nmpak kek jer, terus meleleh air liur... ha..ha...
kalau makan kek , tentu pinggan dan sudu tu susah nak basuh kan? berminyak sana,berminyak sini... jenuh gak no.nak cuci....kadang kadang tangan kita pun berminyak...
Haa di sini aku nak bagi petua macam mana nak cuci pingan yg berminyak bekas terkena kek tu...
jeng...jeng... senang jer...pingan ,sudu atau bekas apa pun sebelum basuh ,siram la dulu dengan air panas... jangan la terlalu panas... sedang elok orang kata....selepas tu cuci la macam biasa...Insyallah...pingan dan bekas tu mudah untuk dicuci...dan minyak pun hilang...
selamat mencuba....!!!

Sunday, 12 June 2011

PETUA MENCUCI TUDUNG.

a.Tudung dari bahan polyster

1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.

2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.

3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.

4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.

5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung atau lipat.

b.Tudung dari bahan sutera.

1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.

2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.

3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.

4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.

5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan gantung.

C.Tudung dari bahan kapas.

1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.

3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.

d.Tudung dari bahan tenunan.

1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.

2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.

3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.

4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.

e.Tudung dari bahan pashmina

1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.

2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.

3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

sekian

dipetik dari

Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

PETUA UNTUK KURUSKAN BADAN.

1. Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

2. Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan anda. Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.

3. Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan. Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

dipetik dari:

Ensaiklopedia Petua Melayu Lama.