Tuesday 30 August 2011

TAHUKAH ANDA....BAHAYA TEH UNCANG!!

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama. Ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama. Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi. Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh.

Sumber: ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA

Saturday 20 August 2011

KERANG PUNYA PASAI.....

Semalam aku kuar dengan kekawan pergi lepak makan kerang.Adala dalam 7 orang ....
sesekali aku terfikir jugak, kenapa pulak kerang?? kenapa meriah makan kerang bulan posa nih?? kenapa tak makan berger ke, ais kacang ke,( makk aiii mkan ais kacang malam2 best apa....) ke makan kacang kulit ke, kuaci ke.....
ada yang boleh tolong jawab tak? Errr bulan tak posa tak pulak orang dok sibuk cari gerai kerang rebus... kenapa?? dan kenapa kerang rebus?? kenapa tak kerang goreng ke... sedap apa....!!
Ditempat lain ada ke orang makan kerang bulan posa nih?? macam di johor ke, pahang ke, kolompor ke(kuala lumpur), ganu(terengganu)ke... ada ke??
ke kerang nih memang terkenal di kawasan perak utara ni jer atau lebih tepat lagi PARIT BUNTAR.... setahu aku orang ipoh tak pulak sibuk dengan kerang rebus ni.... jadi mungkin kawasan perak utara dan yg bersempadan dengan nya jer yg ada aktiviti makan kerang ni. Bandar baru (kedah) dan sg.acheh ( p.pinang) popular jugak kerang nih. Sebab bersempadan dengan parit buntar.
Tp yang pasti nya aktiviti ni memang dah lama ada... sejak aku kecil lagi... dan gerai kerang rebus tumbuh hanya pada bulan ramadan sahaja....
Apa pun persoalan yang ada kat otak aku ni, akun tetap enjoy malam tadi... pada kawan yg lepak gan aku malam tadi , thanks... terutamanya si tukang belanja.. "mutalib watok" bakal pejuang negara... ala bakal askar lahhhh senang cakap!!
dan nasihat " bosss" agar talib lebih berdisplin dan jangan duk mainnnnn ja..."boss" harap talib tak amik ati ,masa boss marah ,naik angin semasa talib kerja dengan boss... Semua tu tuk talib jadiorang yang berdisplin satu hari nanti... ..

Thursday 18 August 2011

RILEK JAP....

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA KAT KOMEN YE.... (:

Saturday 13 August 2011

AIR AKUARIUM TAHAN LAMA


Emmm... dah lama aku tak bagi petua kat korang .Maklomlah bulan posa nih, otak jem skitt... Otak aku ingat makanan jer( bulan tak posa pon otak aku sentiasa ingat makanan ..ha..ha..)
Hari ini aku nak bagi petua untuk orang yang ada akuarium di rumah. Dulu aku pun ada juga akurium nih, tapi semenjak aruah adik aku meninggal mood nak bela ikan terus hilang.Aruah lah yang rajin cuci. Sedia maklum aku sememangnya malas...ha..ha..
kalau nak air akuarium tu tahan lama, buh la seketul arang dalam akuarium tuh.air tu dijamin jernih dan tahan lama. Tak perlulah cuci selalu. Arang tu ibarat hiasan jer bila di dalam akuarium tu...

Tuesday 9 August 2011

WORDLESS WEDNESDAY


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Thursday 4 August 2011

TAHUKAH ANDA....ANGGUK BUKANNYA 'YA'

Di Albania , menggeleng kan kepala bermaksud 'ya' .Dan menganguk kan kepala bermaksud 'tidak'. Jadi, jika korang melancong ke negara tersebut berhati-hatilah... beringat sebelum angguk dan geleng...