Labels

Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts
Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts

Saturday, 1 September 2012

MEE UDANG KUALA SEPETANG.

Dah lama aku tak bawa korang ronda- ronda. Kali ni aku nak bawa korang ke Taiping Perak. Aku nk kembong kan perot korang dengan makanan. Jommmm!
Aku nak kenalkan mee udang Mak Jah. Mee ni femes taw... dah pernah masuk jalan-jalan cari makan kalau tak salah aku. Tempat nya terletak di kuala sepetang.
Mee nya penuh dengan udang, sampai tak nampak dah mee dalam mangkuk tu... Udang nya pulak, segar dan bila kita makan, terasa kemanisan udang tu. Dan yang paling penting bagi aku... udang ni mudah nk buang kulit dia... aku ni bukan pandai sangat nak makan guna sudu & garfu ni....
 tapi bila makan mee udang mak jah ni... emmm  mudah ja nk buang kulit udang tu... hahahah...
 Harga semangkuk mee ni ialah RM7,  special kalau tak salah aku RM12.
Bukan setakat mee udang saja, macam- macam menu makanan yang di tambah udang ada disini... seperti mee goreng udang, laksa udang dan macam -macam lagi lah....
 Nak tau lebih lanjut korang datanglah sendiri, baru puas hati!! cubalah...

Sunday, 22 January 2012

MENARA ALOR SETAR

Jom ikut aku ronda- ronda ke menara Alor Setar.Menara ni merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Tinggi nya ialah 165.5 meter.Menara ini merupakan mercu tanda Negeri Kedah.Terdapat ruang pemerhati di aras 88 meter yang membolehkan korang melihat panorama bandaraya Alor Setar .Terdapat juga 5 set teropong untuk memudah kan korang melihat panorama badaraya ini.Terdapat juga kaunter untuk membeli cenderahati sebagai kenangan pada aras ini.Restoran pula terdapat di aras 94 meter.kalau korang dah lapar... isi lah perut tu ... baru best nak ronda-ronda .
Ini gambar yang aku ambil dari ruang pemerhati... cantikkan...
Dan ini replika menara yang terletak di bahagian bawah menara.. apalagi!!! jom ronda -ronda!!...

Saturday, 21 January 2012

LADANG ANGGUR TASIK BERIS


Jom aku bawa korong ronda-ronda ke ladang anggur ,bukan kt luar negeri ek...., tapi di Malaysia jer. Ladang anggur ni terletak di sik kedah.Tiket masuk cuma RM4 . Lepas tu boleh la terus masuk dan jalan- jalan sekitar ladang ini.Tapi tidak dibenarkan memakan dan memetik anggur di ladang ni ek... Kalau nk petik juga,boleh lah resign dan mintak la kerja kat sini.... lepas tu petik la puas -puas.... Ladang ni cantik panorama dia, sebab bersebelahan tasik.
Selepas puas merayau rayau di ladang, moh ler ke galeri . Boleh le korang beli anggur yang dijual disitu. Ada juga beberapa produk dari anggur yang dijual disini seperti... sabun , krim mandian,jus, kodial, cenderahati....EMMM tunggu apa lagi... korang pergi la check kalender korang tuh masukkan ladang anggur ni sebagai salah satu percutian korang tahun nih, dan simpan duit tuk datang ke sini .

Sunday, 8 January 2012

LEPAK DI MELOR INN.(P.BUNTAR)

Entri ronda-ronda kali aku bawa korang ke Melor Inn coffee house di Parit Buntar.Sebenarnya aku kesini sebab memenuhi aktiviti"The Gang" iaitu melepak sambil sembang2.Yang berbaju merah itu lah manager coffee tu... sahabat lama aku masa sekolah dulu.


Gambar yang tengah tu makanan aku, iaitu nasi goreng ikan masin...ummmphhh sedap!.kawan aku makan nasi goreng cendawan... ( tuuu pinggan dia dah licin, sebelah pinggan aku)
Harga di sini berpatutan.. tak lah mahal seperti yang orang ramai jangkakan...
Melihat dari suasana dia , macam tak percaya harga nya lebih murah...Jangan takut untuk kesini, makanan sedap, dan harga yang di bayar pun berpatutan...

Monday, 2 January 2012

STRAITS QUAY

Ronda -ronda kali ni aku bawa korang ke Straits Quay Penang.Aku pergi sana sebab bawa rombongan PALLAS untuk menyambut tahun baru(coundown) dan melihat pertunjukan bunga api.Sempat lagi aku bergambar dengan band yang main malam tu...Apatah nama depa aku pun tak tau.. saja bergambar tuk kenangan.Tempat ni sebenarnya "high class". bukan untuk orang orang macam aku nih, yang memanjang tak cukup makan.. ha..ha...Bayangkan lah air mineral botol kecil pun harganya RM4..
Macam -macam dugaan yang aku dan geng2 hadapi masa nak ke coundown ni... Apa tak nya, tunggu bas sampai 2 setengah jam!!... cabaran betui! Tokey bas terlupa yang hari tu ada trip. Nasib baik ada driver yg off hari tu..( terima kasih ane...) Tapi akhirnya sampai jugak tempat perhentian kami yang pertama iaitu "tari cafe" di tanjung tokong. Buat staff Tari cafe, terima kasih banyak2 sebab melayan kerenah geng pallas nih.Makanan korang memang ummmmph lah.Aku sempat jugak buat beberapa game yang dirancang semasa di Tari cafe . Riuh rendah cafe tu... Yang penting, terubat lah keletihan masa tunggu bas tadi.. semua berseronok main game yang aku kendalikan.


Dan akhirnya sampai juga kami di tempat utama, iaitu Straits Quay untuk melihat sambutan tahun baru,serta pertunjukkan bunga api.. Banyak bot2 mewah yang kebanyakkan dari geng pallas kali pertama melihatnya, terdapat di sini...cantik tempat nih, angin pun kuat...sesuai untuk bersantai....

Monday, 28 November 2011

LOST WORLD OF TAMBUN

Ronda kali ini juga , masih berada di kawasan ipoh, Kali ini saya perkenalkan kepada korang semua taman tema yang popular di Perak, iaitu LOST WORLD OF TAMBUN. Tiket masuk cuma RM45 bagi dewasa, dan kanak kanak ketinggian bawah 90 cm adalah percuma. Gambar di bahagian atas tu adalah sebahagian daripada binatang yang terdapat di petting zoo.
Inilah pintu utama lost world. Yang menarik nya di sini adalah , kita tak perlu membawa dompet kita semasa mandi... simpan jer dalam loker... pasti selamat. Perbelanjaan disini menggunakan e-wallet. tambah kan nilai e-wallt korang dan bersedia untuk berbelanja di lost world.E wallet korang berbentuk gelang yang di pakaikan ditangan... Menarik kan??

Ini adalah antara gambar -gambar yang sempat aku dan rakan -rakan snap.Lihatlah pada kehijauan latar belakang..... cantikkkk sesangat......



aksi spontan aku dan geng........



Pak belang yang ada di lost world...

aksi kakak tua bersama abang tua...he...he..

yang ni sama, tapi tak serupa kan??? aku lebih ensom dari "dia" kan??

antara aksi aku dan member aku...

sempat aku dan rakan2 buat "part time" melombong bijih...he...he...Kalau kena buang kerja gan Pallas, kami kerja disini ajer la.... ha...ha...



Posted by Picasa

Monday, 21 November 2011

PADANG POLO,IPOH

Hari ni entri ronda-ronda aku masih berada di kawasan ipoh. Kali ini aku bawa korang melawat padang polo plak...Bukan padang yang ada kuda main polo tu ya... Ini taman
rekreasi .Ada trek khas tuk berjogging. Kalo letih leh makan2 di van gerai yang berada berdekatan.Ada kopok lekor, laksa kedah, cendol... emmmm semuanya membangkit kan selera.




inilah antara gambar2 yang sempat aku snap....



ini apaka namanya aku pun tak reti nak sebut... alaaaa yang batu2 urut tapak kaki tu la.... aku dapat la jalan suku pusingan... adoiiii sakit woooo....

ni tengah lapor....memilirkan apa yng nk di beli sat lagi...

Posted by Picasa

Saturday, 19 November 2011

RONDA- RONDA

Hari Ahad lepas, aku berkesempatan ronda ronda di Ipoh. Aku pergi ler ke Memori lane , atau "loken" kata orang tempatan. Macam macam ada di sana, sampai tak menang mata aku nk tengok.Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh tu, apa kata try la ke "loken" nih. OOPP " loken" nih hanya di buka pada pagi ahad sahaja taw...

emmm tgk nih... botol botol minuman pada tahun 70-80 an... memang memori....Air dalam botol tu jgn cuba cuba nk minim ya!!... naya ja nanti... berkampung di hospital.



yang ni model basikal ... lengkap semua... siap ada pump lagi....
harga?? emmmm RM100 lebih ooo....





model beca pun ada...

Tengok lah arnab comeiii nih... mesti geeerammmm....comelll sunggah. Kalu datang ke 'loken" nih jangan lupa bawa duit banyak2....leh angkut semua yang berkenan...

Posted by Picasa