Saturday 20 August 2011

KERANG PUNYA PASAI.....

Semalam aku kuar dengan kekawan pergi lepak makan kerang.Adala dalam 7 orang ....
sesekali aku terfikir jugak, kenapa pulak kerang?? kenapa meriah makan kerang bulan posa nih?? kenapa tak makan berger ke, ais kacang ke,( makk aiii mkan ais kacang malam2 best apa....) ke makan kacang kulit ke, kuaci ke.....
ada yang boleh tolong jawab tak? Errr bulan tak posa tak pulak orang dok sibuk cari gerai kerang rebus... kenapa?? dan kenapa kerang rebus?? kenapa tak kerang goreng ke... sedap apa....!!
Ditempat lain ada ke orang makan kerang bulan posa nih?? macam di johor ke, pahang ke, kolompor ke(kuala lumpur), ganu(terengganu)ke... ada ke??
ke kerang nih memang terkenal di kawasan perak utara ni jer atau lebih tepat lagi PARIT BUNTAR.... setahu aku orang ipoh tak pulak sibuk dengan kerang rebus ni.... jadi mungkin kawasan perak utara dan yg bersempadan dengan nya jer yg ada aktiviti makan kerang ni. Bandar baru (kedah) dan sg.acheh ( p.pinang) popular jugak kerang nih. Sebab bersempadan dengan parit buntar.
Tp yang pasti nya aktiviti ni memang dah lama ada... sejak aku kecil lagi... dan gerai kerang rebus tumbuh hanya pada bulan ramadan sahaja....
Apa pun persoalan yang ada kat otak aku ni, akun tetap enjoy malam tadi... pada kawan yg lepak gan aku malam tadi , thanks... terutamanya si tukang belanja.. "mutalib watok" bakal pejuang negara... ala bakal askar lahhhh senang cakap!!
dan nasihat " bosss" agar talib lebih berdisplin dan jangan duk mainnnnn ja..."boss" harap talib tak amik ati ,masa boss marah ,naik angin semasa talib kerja dengan boss... Semua tu tuk talib jadiorang yang berdisplin satu hari nanti... ..

1 comment:

  1. Cousin aku pun berniaga kerang kat kuala kurau . Sedap giler + ada laksa special

    ReplyDelete