
Tuesday, 26 July 2011
TAHUKAH ANDA....ASAL USUL NAMA 7UP?

Minuman 7up dicipta pada 1929.Angka 7 dipilih sebab pada waktu itu botol untuk mengisi minuman itu pada asalnya 7 auns (230ml) air.Manakala 'up'(atas) menunjukkan arah buih itu keluar..
sumber:internet.
Thursday, 21 July 2011
TAHUKAH ANDA... KELEBIHAN MEMBERI MAAF??
Berikut adalah antara kelebihan memberi maaf/ meminta maaf
-Hati akan menjadi tenang
-Wajah akan nampak bersih,berseri
-semangat kerja menjadi tinggi
-penyakit akan cepat sembuh
-hidup akan menjadi berkat
-Murah rezeki
-mendapat lebih ramai sahabat
- anda akan lebih di hormati. Jadi jika korang ada membuat salah cepat cepatlah meminta maaf,dan memberi maaf jika seseorang memohan maaf pada korang.. jangan tunggu hari raya jer , baru korang minta maaf ...
Wednesday, 20 July 2011
TAHUKAH ANDA....

TAHUN INI KITA AKAN MENGALAMI 3 TARIKH YANG JARANG BERLAKU DALAM SETAHUN IAITU 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 SERTA BUKAN ITU SAJA,CUBA AMBIL 2 NOMBOR AKHIR TAHUN KELAHIRAN KITA & TAMBAH DGN UMUR KITA PADA TAHUN INI KEPUTUSANNYA IALAH 111!!!..PADA BULAN OKTOBER NANTI AKAN ADA 5 KALI HARI ISNIN,5 KALI HARI AHAD & 5 KALI HARI SABTU...INI HANYA AKAN TERJADI SETIAP 823 TAHUN....
sumberoh lawak (FB)
Monday, 18 July 2011
JERING , MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Thursday, 14 July 2011
HARUMKAN ALMARI PAKAIAN.



Tuesday, 12 July 2011
MAKNA BERSIN ANDA....


Ilmu Firasat Melayu: Makna Bersin Anda
Waktu Malam
• Dari jam 6 petang hingga jam 8 malam, akan ada orang meminta pertolongan kepada anda.
• Dari jam 8 malam hingga 10 malam, akan ada orang yang akan berniat kurang baik kepada anda, tetapi tidak jadi.
• Dari jam 10 malam hingga 12 malam, akan tetamu akan ke rumah anda.
• Dari jam 12 malam hingga 2 pagi, akan ada orang meminta pertolongan kepada anda.
sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Monday, 11 July 2011
ELAK CERMIN KENDERAAN KABUR.


Petua Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur.
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis syampu mandian ke atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan tuala kecil tersebut.
Sunday, 10 July 2011
CIRI CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK.


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik dan mulia ?
# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Friday, 8 July 2011
AKU DAN BINTANG.....



Thursday, 7 July 2011
PALLAS TEAM BUILDING








kena dera tengah panas buat "caterpiller walk" dah panas ,angin kuat , abis belon terbang..banyak kali kena ulang semula aksi ni...
Sunday, 3 July 2011
sayur kangkong...


tanpa lebam. Aku ambil cara ni ni buku atau majalah kot... tapi aku lupa la pulak tajuk buku / majalah tu...Dimana aku baca aku pun dah tak ingat... ha...ha..ha...
Selepas menumis, masukkan kangkung ke dalam kuali ( kangkung kena bersih kan dulu tauuu....) dan tutup kuali tu.Selepas kangkung agak2 masak ,baru buka kuali tu, dan gaul gaul kan lah..Dan jangan masak terlalu lama, lebih kurang 2 minit dah lerrr...Insyaallah warna kangkung tu tetap segar dan menarik, tak lah nampak lebam jer...
Saturday, 2 July 2011
HILANGKAN BAU PETI AIS

Bau peti ais kurang menyenangkan? emmm.. maklumlah segala mak nenek ada dalam peti ais. Betul tak? huh... malu kalau tetamu yang buka peti ais tu.Nak bagi harum ,segar peti ais tu mudah je.....
Ni la aku nak kongsi petua dengan korang semua..
1) keluarkan semua barang yang ada dalam peti ais tu, ambil tuala ,basah kan sedikit dan lap bahagian dalam peti ais. Keringkan dan lap sekali lagi ... tetapi kali ini tambahkan beberapa titis esen vanila ke tuala tersebut. Lap lah keseluruhan peti ais tadi... hasilnya emmmm... pasti harum...
2)cuba titiskan sedikit esen vanila pada kain kecil dan tinggalkan atau simpan
dalam peti ais.dan
3) simpan sebungkus serbuk kopi dalam peti ais. Selamat mencuba ......
Friday, 1 July 2011
SUKA & BENCI
