lawak sekejap....
Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami? ( sambil menunjukkan sekeping gambar)
 
 Saksi : Itu gambar..., tuan.
 
 Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
 
 Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
 
 Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!
 
 Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.
 
 Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
 
 Saksi : Baru kejap tadi tuan.
 
 Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?
 
 Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
 
 Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
 
 Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
 
 Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
 
 Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
 
 Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada 
dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? 
(sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
 
 Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
 
 Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
 
 Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
 
 Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN 
CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU 
LAHHHHH!!!!!
 
copy & paste from
 - A s y r a f -
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
dan peguam itu pun masuk hospital gila... hahahaha
ReplyDelete