Monday, 28 November 2011

LOST WORLD OF TAMBUN

Ronda kali ini juga , masih berada di kawasan ipoh, Kali ini saya perkenalkan kepada korang semua taman tema yang popular di Perak, iaitu LOST WORLD OF TAMBUN. Tiket masuk cuma RM45 bagi dewasa, dan kanak kanak ketinggian bawah 90 cm adalah percuma. Gambar di bahagian atas tu adalah sebahagian daripada binatang yang terdapat di petting zoo.
Inilah pintu utama lost world. Yang menarik nya di sini adalah , kita tak perlu membawa dompet kita semasa mandi... simpan jer dalam loker... pasti selamat. Perbelanjaan disini menggunakan e-wallet. tambah kan nilai e-wallt korang dan bersedia untuk berbelanja di lost world.E wallet korang berbentuk gelang yang di pakaikan ditangan... Menarik kan??

Ini adalah antara gambar -gambar yang sempat aku dan rakan -rakan snap.Lihatlah pada kehijauan latar belakang..... cantikkkk sesangat......



aksi spontan aku dan geng........



Pak belang yang ada di lost world...

aksi kakak tua bersama abang tua...he...he..

yang ni sama, tapi tak serupa kan??? aku lebih ensom dari "dia" kan??

antara aksi aku dan member aku...

sempat aku dan rakan2 buat "part time" melombong bijih...he...he...Kalau kena buang kerja gan Pallas, kami kerja disini ajer la.... ha...ha...



Posted by Picasa

Monday, 21 November 2011

PADANG POLO,IPOH

Hari ni entri ronda-ronda aku masih berada di kawasan ipoh. Kali ini aku bawa korang melawat padang polo plak...Bukan padang yang ada kuda main polo tu ya... Ini taman
rekreasi .Ada trek khas tuk berjogging. Kalo letih leh makan2 di van gerai yang berada berdekatan.Ada kopok lekor, laksa kedah, cendol... emmmm semuanya membangkit kan selera.




inilah antara gambar2 yang sempat aku snap....



ini apaka namanya aku pun tak reti nak sebut... alaaaa yang batu2 urut tapak kaki tu la.... aku dapat la jalan suku pusingan... adoiiii sakit woooo....

ni tengah lapor....memilirkan apa yng nk di beli sat lagi...

Posted by Picasa

Saturday, 19 November 2011

RONDA- RONDA

Hari Ahad lepas, aku berkesempatan ronda ronda di Ipoh. Aku pergi ler ke Memori lane , atau "loken" kata orang tempatan. Macam macam ada di sana, sampai tak menang mata aku nk tengok.Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh tu, apa kata try la ke "loken" nih. OOPP " loken" nih hanya di buka pada pagi ahad sahaja taw...

emmm tgk nih... botol botol minuman pada tahun 70-80 an... memang memori....Air dalam botol tu jgn cuba cuba nk minim ya!!... naya ja nanti... berkampung di hospital.



yang ni model basikal ... lengkap semua... siap ada pump lagi....
harga?? emmmm RM100 lebih ooo....





model beca pun ada...

Tengok lah arnab comeiii nih... mesti geeerammmm....comelll sunggah. Kalu datang ke 'loken" nih jangan lupa bawa duit banyak2....leh angkut semua yang berkenan...

Posted by Picasa

Wednesday, 2 November 2011

TAHUKAH ANDA.... ANDA SELALU TERSALAH CAKAP...??



Sedar kah korang, yang korang selalu tersalah cakap?? sedar ke? kalau tak sedar, kat sini aku nak bagi contoh2 yang selalu kita ucap kan tetapi kita tak sedar..." tolong beli colgate " cer..cer cari kat mana salah ayat tu? ayat tu selalu kita ucap kan bila nak suruh orang tolong belikan... betul tak? yang salah nya adalah "colgate" kenapa ek? sebab colgate adalah jenama... Lain kali sebutlah ubat gigi.
" mamak maggi goreng satu!"... kesalahan dia adalah pada MAGGI. Maggi tu pun adalah jenama.. kenapa tak sebut mee segera? Simamak tu pulak bukannya masak mee segera jenama maggi, tp jenama lain seperti cintan, vits dan sebagainya... Contoh contoh lain ialah seperti sos, selalunya kita sebut tomato... nak makan bihun sup kena ada tomato... ha...ha... tomatao kan sayur sayuran,, lain kali sebut lah sos tomato atau sos cili.. begitu jugak dengan peluntur pakaian ... Yang selalu kita sebut ialah clorox... sedangkan peluntur pakaian ni., berjenis jenis jenama dia...kenapa la clorox yg kita selalu sebut? begitu juga sabun mencuci baju, yang begitu sinonim dengan FAB. " beli sabun fab, " itu yang selalu kita sebut, betul tak?? maaf kan lah aku jika aku tersilap... aku menulis ni sekadar pendapat aku jer... apa pendapat korang plak... setuju tak dengan aku?

Tuesday, 11 October 2011

WORDLESS WEDNESDAY...









Posted by Picasa

KOPI HILANGKAN STRESS

Entri kali ni aku tulis khas untuk wanita ya... yang lelaki tu jangan marah taw....
he...he... Lagi pun info yang aku dapat ni, memang khas tuk wanita... jadi sabooooor ajelahhhh...
Menurut kajian, wanita yang minum 2 cawan kopi atau lebih dalam sehari paling kurang berisiko untuk mengalami tekanan.Kajian telah dilakukan keatas 50,000 orang jururawat di Amerika syarikat.Penyelidik percaya situasi ini berlaku disebabkan kafein yang terdapat didalam kopi dapat memberi ketenangan dan meningkat kan tenaga.


sumber: utusan msia.

Sunday, 9 October 2011

HARI YANG SESUAI UNTUK MEGERAT KUKU..

Barang siapa yang mengerat kukunya pada: Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih