Thursday, 30 August 2012

kaki berbau???

kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.
2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut
3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.
4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.
5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.
6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut
7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

Friday, 20 April 2012

PETUA MENGHALAU NYAMOK.

adoiiii... dah berlumut bagai blog aku..! penuh dengan sawang, .. HUhu... dah lama tak update blog ni...dan yg  aku  ingat 2 atau 3 bulan dah aku tak up date...
he..he... tak dak apa yg best aku nk tulis.. sebab tu la bloog aku jadi berlumut... bukan lumut yng kt perak tu yea... ha..ha..
 tiba- tiba ari  ni aku rajin lak nk tulis...
emmm tadi aku baca utusan , dan adala dia bagi  petua skit... Ni yang aku nk kongsi dengan korang nih...
jeng..jeng..jeng... petua apa?? petua nk halau nyamuk ... mana la tau , tiba2 ubat nyanmok abis ke, kedai plak tutup malam- malam nih...  kena la derma darah kt si nyamok tuh.. oh tidak!! aku tak rela bg derma kat dia.... korang rela ker??
 petuanya macam ni....masukkan beberapa biji ubat gegat kedalam secawan air dan letak kan lah kt tempat yang anda fikir perlu. Seperti berhampiran katil,tepi korang yg sedang syokkk tengok TV  ke... , kiranya petua nih ganti ubat nyamok sementara waktu lah...
Cubalah yer

Monday, 23 January 2012

SETEM.... ??

"Hobi saya ialah mengumpul setem". Wujud lagikah ayat tuu??? Rasanya budak -budak sekarang dah tak kenal setem dah.kalau SMS,MMS,GAME, tu dia orang tahulah...Seperkara lagi, hobi budak- budak zaman sekarang ni ialah PS2,FB, alat kawalan jauh( kereta @ heli). Mana lah nak ada hobi mengumpul setem dah... betul takkk??? Bagi aku ....,inilah hobi aku sewaktu zaman budak- budak dulu... dan ianya masih lagi berada dalam simpanan aku..Tenguk lah antara koleksi setem masa dulu-dulu.. cantik tak?

aku rasa ada yang tak pernah nampak setem ni kan?? BETUL TAK??

Sunday, 22 January 2012

MENARA ALOR SETAR

Jom ikut aku ronda- ronda ke menara Alor Setar.Menara ni merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Tinggi nya ialah 165.5 meter.Menara ini merupakan mercu tanda Negeri Kedah.Terdapat ruang pemerhati di aras 88 meter yang membolehkan korang melihat panorama bandaraya Alor Setar .Terdapat juga 5 set teropong untuk memudah kan korang melihat panorama badaraya ini.Terdapat juga kaunter untuk membeli cenderahati sebagai kenangan pada aras ini.Restoran pula terdapat di aras 94 meter.kalau korang dah lapar... isi lah perut tu ... baru best nak ronda-ronda .
Ini gambar yang aku ambil dari ruang pemerhati... cantikkan...
Dan ini replika menara yang terletak di bahagian bawah menara.. apalagi!!! jom ronda -ronda!!...

Saturday, 21 January 2012

LADANG ANGGUR TASIK BERIS


Jom aku bawa korong ronda-ronda ke ladang anggur ,bukan kt luar negeri ek...., tapi di Malaysia jer. Ladang anggur ni terletak di sik kedah.Tiket masuk cuma RM4 . Lepas tu boleh la terus masuk dan jalan- jalan sekitar ladang ini.Tapi tidak dibenarkan memakan dan memetik anggur di ladang ni ek... Kalau nk petik juga,boleh lah resign dan mintak la kerja kat sini.... lepas tu petik la puas -puas.... Ladang ni cantik panorama dia, sebab bersebelahan tasik.
Selepas puas merayau rayau di ladang, moh ler ke galeri . Boleh le korang beli anggur yang dijual disitu. Ada juga beberapa produk dari anggur yang dijual disini seperti... sabun , krim mandian,jus, kodial, cenderahati....EMMM tunggu apa lagi... korang pergi la check kalender korang tuh masukkan ladang anggur ni sebagai salah satu percutian korang tahun nih, dan simpan duit tuk datang ke sini .

Monday, 9 January 2012

KEHILANGAN.....


Tadi aku baca blog sepupu aku... Entri dia mengenai kematian.Jadi aku ambil idea dia tuk membuat entri kali ni... El terima kasih bagi idea kat abg long.Kalau El bercerita tentang kematian yang berlaku di kalangan famili dia , aku pun akan bercerita kematian adik kesayangan aku. iaitu SAZALI BIN MAT SAOD. Pada hari kematian adik aku, aku tengah berada di asrama kilang.. baring sambil membaca novel.. Dalam pukul 8.oo malam lebih kurang, datang sebuah kereta masuk ke halaman asrama. Aku tidak peduli, aku sangkakan mungkin kawan kepada kawan seasrama aku yang datang....Tapi bila aku terdengar nama aku di sebut, aku terus berhenti membaca...Rupanya kawan aku yang datang., terus masuk ke bilik aku dan berkata ..." hang jangan terkejut, adik hg dah takdak, accident depan masjid, jom ... kami datang nak ambil hang.."
Aku apalagi terus menangis dan badan jadi lemah... Dan terus keluar bilik untuk balik, dan sempat pesan pada kawan- kawan aku yang berada di asrama tu tentang perkara ini. Selepas sampai rumah, aku terus ke tempat kejadian dan aku terdengar angah aku berkata" pegang saidi tu, nanti dia jatuh" dan lepas tu angah berkata lagi " Di... jangan pijak!! tu otak adik!..Ya Allah...
terkejut aku....aku terus jadi kaku, tak boleh nak jalan... Sempat la aku pegang tangan , usap muka adik aku masa di tempat kejadian...
Dua minggu sebelum kejadian , aku ada balik kampong... aku menebas di tepi jalan hadapan rumah aku, tiba -tiba adik aku datang tolong menebas. Aku kata kat dia ,pi la menebas tempat lain,.Dia kata tak mau, nak kat sini jugak!..
Dan aku pulak tukar la tempat aku menebas, tapi adik aku pun ikut saja mana aku tebas.Dimana ada aku di situ la dia menebas..
Dan untuk pengetahuan sepupu aku El, aruah abg chik ada mintak ayaq tebu kat El. seminggu sebelum kemalangan tu... Sebab waktu tu, Makwan El ada menjual air tebu. Tapi air tebu tu dah habis. Disebabkan itulah pada kenduri arwah, makwan sedekah air tebu .Oh ya lupa nak bagitau, yang aruah adik aku di langgar oleh bas kilang "tanako", sewaktu aruah dalam perjalanan balik dari masjid. selepas sembahyang maghrib.Kemalangan tu berlaku betul- betul di hadapan rumah tok guru arwah yang ajar arwah mengaji.
Alfatihah tuk arwah adik sazali.....
Posted by Picasa

Sunday, 8 January 2012

LEPAK DI MELOR INN.(P.BUNTAR)

Entri ronda-ronda kali aku bawa korang ke Melor Inn coffee house di Parit Buntar.Sebenarnya aku kesini sebab memenuhi aktiviti"The Gang" iaitu melepak sambil sembang2.Yang berbaju merah itu lah manager coffee tu... sahabat lama aku masa sekolah dulu.


Gambar yang tengah tu makanan aku, iaitu nasi goreng ikan masin...ummmphhh sedap!.kawan aku makan nasi goreng cendawan... ( tuuu pinggan dia dah licin, sebelah pinggan aku)
Harga di sini berpatutan.. tak lah mahal seperti yang orang ramai jangkakan...
Melihat dari suasana dia , macam tak percaya harga nya lebih murah...Jangan takut untuk kesini, makanan sedap, dan harga yang di bayar pun berpatutan...